Monday, March 25, 2019

http://falakonline.net/semesta/2019/03/langit-minggu-ini-25-31-mac-2019/

  FENOMENA / HIGHLIGHTS0 COMMENTS Langit Minggu Ini 25-31 Mac 2019 BY SHAHGAZER · MARCH 24, 2019 Sepanjang minggu cuti sekolah ini, tumpukan pemerhatian kita pada langit sebelah Subuh. Kita akan dipaparkan dengan tarian 5 buah objek sistem suria yang terang-terang, berderet-deret dalam satu garisan hampir lurus! Rujuk Almanak Astronomi 2019 untuk senarai lengkap.Muat turun versi Kalendar Google AA2019 di sini. 25 Mac (Isnin) Langit Subuh 25 Mac 2019 Kita mulakan dengan langit Subuh hari ini. Sekali lagi Bulan akan dilihat mula perlahan-lahan menghimpitkan diri dengan Musytari. Musytari akan berada di sebelah kiri Bulan, pada jarak yang agak jauh iaitu sekitar 28 darjah. Planet Musytari sudah mula terbit sekitar 12:45 tengah malam (11:45 malam di Sabah) pada hari ini, dan menjelang hujung minggu nanti ia akan terbit 30 minit lebih awal! Planet gergasi ini akan diikuti pula oleh Zuhal dan Zuhrah. Jika anda tunggu sebentar sekitar 30 minit selepas Subuh, cuba pandang rendah ke ufuk timur. Jika bernasib baik, anda akan dapat intai planet kecil Utarid, yang baru sahaja muncul kembali ke langit sebelah Subuh ini! Utarid sudah mula kelihatan rendah di ufuk timur, di sebelah bawah Zuhrah sepanjang minggu ini. Mudah dilihat sekitar 20-30 minit selepas azan Subuh. 26 Mac (Selasa) Langit Subuh, 26 Mac 2019. Bulan mula melintasi hampir dengan bintang merah Antares yang berada 8 darjah. Bulan bersama Antares dan Musytari membentuk segi tiga. Jika anda tidur lewat, Bulan, Musytari dan Antares ini sudah mula kelihatan sekitar jam 2 pagi (1 pagi di Sabah). 27 Mac (Rabu) Langit Subuh, 27 Mac 2019. Subuh ini, Musytari akan berada hanya 3 darjah dari Bulan. Kedua-dua objek ini boleh dimuatkan dalam satu medan pandangan yang sama. Jika ada teleskop berkuasa rendah atau panjang fokus yang pendek, Bulan dan Musytari boleh dirakam serentak! Sementara itu, jangan lupa jenguk-jenguk rendah di ufuk timur. Planet Utarid semakin awal terbit dan semakin tinggi, serta menghampiri planet Zuhrah. 28 Mac (Khamis) Langit Subuh, 28 Mac 2019. Bulan sudah pun melintasi Musytari. Pagi ini ia bergerak menghampiri planet Zuhal. Dalam erti kata lain, susunan pagi ini (bermula dari ufuk timur) ialah Utarid, Zuhrah, Zuhal, Bulan dan Musytari! Fasa Bulan pada waktu Subuh, 28 Mac 2019, menghampiri fasa sukuan akhir. Hari ini juga Bulan memasuki Fasa Sukuan Akhir pada jam 12:11 PM. Pada waktu Subuh ini, Bulan masih lagi mempunyai 6 jam sebelum ia tepat-tepat dalam fasa ini, maka kita akan dapat lihat garisannya tidaklah tepat berada di tengah-tengah. 29 Mac (Jumaat) Langit Subuh, 29 Mac 2019. Subuh ini, giliran planet Zuhal pula berada amat hampir dengan Bulan, iaitu pada jarak 3 darjah. Agak malang bagi kita di Malaysia, kerana Zuhal akan dihijab oleh Bulan sekitar jam 1 tengahari, tetapi ketika itu waktu siang dan Bulan/Zuhal sudah pun terbenam. 30 Mac (Sabtu) Langit Subuh, 30 Mac 2019. Zuhal berada 9 darjah dari Bulan. Bulan kini mula bergerak ke arah Zuhrah. Susunan hari ini ialah Utarid (di ufuk timur), Zuhrah, Bulan, Zuhal dan Musytari! 31 Mac (Ahad) Langit Subuh, 31 Mac 2019. Pagi Ahad ini, Bulan semakin menipis dan menghampiri Zuhrah. Utarid pula semakin cepat terbit dan mudah dilihat rendah di ufuk timur selepas Subuh. Fasa Bulan pada Subuh, 31 Mac 2019. Fenomena Earthshine sudah mula boleh dilihat dengan mudah.   Share this: Click to email this to a friend (Opens in new window)Click to share on Facebook (Opens in new window)Click to share on Twitter (Opens in new window)Click to share on Google+ (Opens in new window)Click to share on Tumblr (Opens in new window)Click to share on Pinterest (Opens in new window)Click to share on Pocket (Opens in new window) Related Langit Minggu Ini 25 Feb - 3 Mac 2019February 24, 2019In "Fenomena" Langit Minggu Ini 18-24 Mac 2019March 17, 2019In "Fenomena" Fenomena Langit Minggu Ini (5 Mac – 11 Mac 2018)March 4, 2018In "Fenomena" Share this: FacebookTwitterGoogle+PinterestTumblrLinkedInWhatsAppTelegramShare968 Tags: AA2019 shahgazer Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO). YOU MAY ALSO LIKE... 0 Meteor Perseid memuncak 12-13 Ogos nanti, tapi Bulan kacau! AUGUST 11, 2014 0 Komet ISON mula terjun ke arah matahari! NOVEMBER 20, 2013 TAGS 2014 MU69 AA2017 AA2018 AA2019 almanak 2013 asteroid bulan C/2014 Q2 LovejoyCassini ceres Comet ISON conjunction dawneksoplanet ESA Geminids gerhana gerhana bulan Gerhana Matahari hayabusa2 hoaxistiqbal jom teropong komet Komet 67Plyrids Marikh matahari meteormusytari new horizons perigeePerseids Philae planet pluto Rosetta ryugusso tips TSE2016 ultima thule utarid zuhal zuhrah CATEGORIESCategories  Select Category  Aktiviti Komuniti  Berita  Buruj dan Bima Sakti  Editors Pick  Ekspresi  Fenomena  Gerhana, Transit & Penghijaban  Highlights  Himpunan Samawi  Hoax  Istiqbal  Log Cerapan  Meteor, Komet dan Asteroid  Misi Angkasa  Penemuan Terkini  Pengumuman  Peralatan Astronomi  Perisian dan Utiliti Web  quickupdates  Rujukan  Rujukan, Peralatan & Perisian  Sistem Solar  Teknologi  Tips Mencerap dan Astrofotografi  Travelog  Umum  Uncategorized  ©FalakOnline. Segala maklumat yang dipaparkan di dalam laman web ini adalah hak milik peribadi penulisnya Shahrin Ahmad. Sebarang salinan samada dalam bentuk hardcopy atau softcopy tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran terus daripada beliau. Namun, penulis sentiasa menggalakkan perkongsian maklumat yang beretika dan atas dasar meraikan ilmu yang benar. Penulis boleh dihubungi di sini. Powered by  - Designed with the Hueman theme 

No comments:

Post a Comment

https://www.gpsbestari.com/tip/tip-belajar/murid-tahap-satu-masih-belum-kuasai-matematik-guru-subjek-ini-kongsi-tip-untuk-ibu-ayah-ikut-1.92...