Thursday, April 4, 2019


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjR0Gl3S_vWm2ow5jocSxO6S1xsez63pg4A7a2KaSi5iL2BUR9f1h6mYpd0cMSzREmTZh90328Ck1qaV81K7CFpG8YeeuuPnNjtEH_R2WrayJ5dhJz8BwWj4P8F4J7wsvdWOyrlxhvPEAK9/s1600/All+school+principals+must+be+well+informed+with+government+policies.png
ANTARA MARKAH PRESTASI DAN APC ...ANTARA MARKAH PRESTASI DAN PENTADBIR

Akhir-akhir ini timbul banyak keluhan berkenaan ketidakpuasan hati para pendidik terhadap markah prestasi yang mereka terima. Maka bertepek-tepeklah serangan diberikan kepada para Guru Besar atau pun Pengetua. Tidak Adil, kejam, periuk nasi. dan berbagai tohmahan yang diberikan. Dalam media masas, FB terutamamnya menjadi wadah utama untujk melahirkan rasa hati.
.......Terfikir, begitu singkat rupanya daya pemikiran guru zaman sekarang, tidak puass hati, GB.. gembira FB.. geram, FB... keap tidak saja pergi mengadap pentadbir, tannyakan, apa kurangnya usaha selama ini sehingga markah yang diterima kurang dari 80%....
  Saya menyatakan 80 kerana , standard markah itu sudah dikira cemerlang. Kerana juga... ada antara keluhan2 itu melihat markah mereka tidak mencapai 90 keatas..maka dikatalah pentadbir, guru besar kejam dan berbagai tohmahan lagi.
 Apabila diberi laluan untuk mengetengahkan isu berkenaan kepada pihak atasan, tidak pula mahu bertindak. Hanya berani di FB sahaja, sebab apa..sebab rata- rata markah yang diterima hanya tidak mencapai 90 atau 95, tetapi melepasi 80. masih berada dalam zon yang cemerlang.
 Maka kesudahannya, malu sendiri. Akhirnya tidak berani juga mengutarakan isu berkenaan, kerana memang kerja pun tidak menepati SOP. RPH tidak dibuat. Masuk kelas ikut suka hati. Arahan GB dianggap sepi. Tapi mahu markah lebih-lebih.
Harapan saya... sebagai penjawat awam, ingatlah bahawa amanah itu paling utama. Pentadbir juga berhadapan dengan tugas , pentadbir juga sentiasa tertekan dengan sikap dan peel guru-guru. Jika ayatnya GB atau pentadbir sering menyebabkan guru stress  dan tertekan, jangan lupa, sebenarnya semua itu datang dari sikap guru juga yang ego dan tidak mahu mematuhi arahan. Lebih-lebih lagi guru yang merasakan diri mereka itu Otaim dan tidak boleh sudah diberi arahan.
 Memang tugas guru itu masuk kelas mengajar . tetapi tidak meriah dan tidak hidup rasanya jika tiada aktiviri sokongan dan juga progam yang dijalankan.

# memang pelik peel guru sekarang.

Biar Betul....


https://www.gpsbestari.com/berita/putrajaya/jemaah-nazir-turun-ke-sekolah-mengajar-dalam-kelas-dr-maszlee-jawab-berkenaan-pks-dan-isu-skpmg2-1.924620

Monday, March 25, 2019

Sumbangan STAR untuk SKBI 2019



Program CSR Shangri-Las Tanjung Aru Resort and Spa kepada SK Bantayan, Inanam.
22 Mac 2019
SETIAP guru perlu menguasai tiga ele­men iaitu komited, sedia berkorban serta mengamalkan perkongsian intelektual jika mahu menjadi seorang pendidik yang cemerlang. Itu pesanan Tokoh Guru Kebangsaan 2012, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib yang menegaskan, untuk menjadi seorang guru cemerlang, mereka perlu komited dan beri komitmen terhadap kerja serta sayang kepada kerjaya perguruan. “Malah guru-guru juga perlu sedia berkorban tanpa mengira masa. Selain itu, mereka juga perlu bersedia mengamalkan perkongsian intelektual pengalaman masing-masing. “Ketiga-ketiga elemen ini perlu ada kerana pengorbanan guru sangat besar terutama ketika berdepan dengan para pelajar. Mereka juga perlu mening­katkan ilmu pengetahuan disebabkan keperluan pendi­dikan sekarang berubah dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubu­ngi baru-baru ini. Ahmad Azmey yang juga me­rupakan Tokoh Guru Pahang 2011 berkata, setiap guru juga perlu me­ningkatkan pengetahuan dan kreativi­ti masing-masing disebabkan bidang pendidikan yang sentiasa berubah setiap tahun. “Guru-guru perlu sentiasa me­ning­katkan pengetahuan lebih daripada yang sering diajar di bilik darjah terutama dalam mengatasi sesuatu masalah kerana pelajar-pelajar sekarang lebih cerdik. “Jadi guru perlu sentiasa mengikut perkembangan semasa. Guru-guru perlu tingkatkan pengetahuan kerana keperluan semakin berubah terutama dengan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi," katanya. Beliau yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Pendidikan Menengah dan Rendah Felda berkata, golongan pendidik juga perlu mempunyai keupayaan untuk membentuk pelajar menjadi lebih kreatif dan holistik. “Tidak kira guru dalam mata pelajaran apa sekalipun, mereka mesti memiliki keupayaan untuk membentuk individu (pelajar) yang holistik," jelasnya. Tambah beliau, bidang pendidikan juga perlu tertumpu kepada pembangunan sahsiah, karakter serta intelektual yang mana guru-guru perlu menjalankan program-program yang boleh membantu dalam aspek pembangunan pendidikan. “Pastikan para pelajar dapat membentuk sahsiah secara holistik. Ini le­bih penting daripada mengutamakan akademik semata-mata," katanya. Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140630/pe_04/Guru-perlu-kuasai-tiga-elemen Kredit : http://sekolahpulauaman.blogspot.com/2014/07/3-elemen-menjadi-guru-cemerlang.html Join & Share : @pendidik4u
http://falakonline.net/semesta/2019/03/langit-minggu-ini-25-31-mac-2019/

  FENOMENA / HIGHLIGHTS0 COMMENTS Langit Minggu Ini 25-31 Mac 2019 BY SHAHGAZER · MARCH 24, 2019 Sepanjang minggu cuti sekolah ini, tumpukan pemerhatian kita pada langit sebelah Subuh. Kita akan dipaparkan dengan tarian 5 buah objek sistem suria yang terang-terang, berderet-deret dalam satu garisan hampir lurus! Rujuk Almanak Astronomi 2019 untuk senarai lengkap.Muat turun versi Kalendar Google AA2019 di sini. 25 Mac (Isnin) Langit Subuh 25 Mac 2019 Kita mulakan dengan langit Subuh hari ini. Sekali lagi Bulan akan dilihat mula perlahan-lahan menghimpitkan diri dengan Musytari. Musytari akan berada di sebelah kiri Bulan, pada jarak yang agak jauh iaitu sekitar 28 darjah. Planet Musytari sudah mula terbit sekitar 12:45 tengah malam (11:45 malam di Sabah) pada hari ini, dan menjelang hujung minggu nanti ia akan terbit 30 minit lebih awal! Planet gergasi ini akan diikuti pula oleh Zuhal dan Zuhrah. Jika anda tunggu sebentar sekitar 30 minit selepas Subuh, cuba pandang rendah ke ufuk timur. Jika bernasib baik, anda akan dapat intai planet kecil Utarid, yang baru sahaja muncul kembali ke langit sebelah Subuh ini! Utarid sudah mula kelihatan rendah di ufuk timur, di sebelah bawah Zuhrah sepanjang minggu ini. Mudah dilihat sekitar 20-30 minit selepas azan Subuh. 26 Mac (Selasa) Langit Subuh, 26 Mac 2019. Bulan mula melintasi hampir dengan bintang merah Antares yang berada 8 darjah. Bulan bersama Antares dan Musytari membentuk segi tiga. Jika anda tidur lewat, Bulan, Musytari dan Antares ini sudah mula kelihatan sekitar jam 2 pagi (1 pagi di Sabah). 27 Mac (Rabu) Langit Subuh, 27 Mac 2019. Subuh ini, Musytari akan berada hanya 3 darjah dari Bulan. Kedua-dua objek ini boleh dimuatkan dalam satu medan pandangan yang sama. Jika ada teleskop berkuasa rendah atau panjang fokus yang pendek, Bulan dan Musytari boleh dirakam serentak! Sementara itu, jangan lupa jenguk-jenguk rendah di ufuk timur. Planet Utarid semakin awal terbit dan semakin tinggi, serta menghampiri planet Zuhrah. 28 Mac (Khamis) Langit Subuh, 28 Mac 2019. Bulan sudah pun melintasi Musytari. Pagi ini ia bergerak menghampiri planet Zuhal. Dalam erti kata lain, susunan pagi ini (bermula dari ufuk timur) ialah Utarid, Zuhrah, Zuhal, Bulan dan Musytari! Fasa Bulan pada waktu Subuh, 28 Mac 2019, menghampiri fasa sukuan akhir. Hari ini juga Bulan memasuki Fasa Sukuan Akhir pada jam 12:11 PM. Pada waktu Subuh ini, Bulan masih lagi mempunyai 6 jam sebelum ia tepat-tepat dalam fasa ini, maka kita akan dapat lihat garisannya tidaklah tepat berada di tengah-tengah. 29 Mac (Jumaat) Langit Subuh, 29 Mac 2019. Subuh ini, giliran planet Zuhal pula berada amat hampir dengan Bulan, iaitu pada jarak 3 darjah. Agak malang bagi kita di Malaysia, kerana Zuhal akan dihijab oleh Bulan sekitar jam 1 tengahari, tetapi ketika itu waktu siang dan Bulan/Zuhal sudah pun terbenam. 30 Mac (Sabtu) Langit Subuh, 30 Mac 2019. Zuhal berada 9 darjah dari Bulan. Bulan kini mula bergerak ke arah Zuhrah. Susunan hari ini ialah Utarid (di ufuk timur), Zuhrah, Bulan, Zuhal dan Musytari! 31 Mac (Ahad) Langit Subuh, 31 Mac 2019. Pagi Ahad ini, Bulan semakin menipis dan menghampiri Zuhrah. Utarid pula semakin cepat terbit dan mudah dilihat rendah di ufuk timur selepas Subuh. Fasa Bulan pada Subuh, 31 Mac 2019. Fenomena Earthshine sudah mula boleh dilihat dengan mudah.   Share this: Click to email this to a friend (Opens in new window)Click to share on Facebook (Opens in new window)Click to share on Twitter (Opens in new window)Click to share on Google+ (Opens in new window)Click to share on Tumblr (Opens in new window)Click to share on Pinterest (Opens in new window)Click to share on Pocket (Opens in new window) Related Langit Minggu Ini 25 Feb - 3 Mac 2019February 24, 2019In "Fenomena" Langit Minggu Ini 18-24 Mac 2019March 17, 2019In "Fenomena" Fenomena Langit Minggu Ini (5 Mac – 11 Mac 2018)March 4, 2018In "Fenomena" Share this: FacebookTwitterGoogle+PinterestTumblrLinkedInWhatsAppTelegramShare968 Tags: AA2019 shahgazer Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO). YOU MAY ALSO LIKE... 0 Meteor Perseid memuncak 12-13 Ogos nanti, tapi Bulan kacau! AUGUST 11, 2014 0 Komet ISON mula terjun ke arah matahari! NOVEMBER 20, 2013 TAGS 2014 MU69 AA2017 AA2018 AA2019 almanak 2013 asteroid bulan C/2014 Q2 LovejoyCassini ceres Comet ISON conjunction dawneksoplanet ESA Geminids gerhana gerhana bulan Gerhana Matahari hayabusa2 hoaxistiqbal jom teropong komet Komet 67Plyrids Marikh matahari meteormusytari new horizons perigeePerseids Philae planet pluto Rosetta ryugusso tips TSE2016 ultima thule utarid zuhal zuhrah CATEGORIESCategories  Select Category  Aktiviti Komuniti  Berita  Buruj dan Bima Sakti  Editors Pick  Ekspresi  Fenomena  Gerhana, Transit & Penghijaban  Highlights  Himpunan Samawi  Hoax  Istiqbal  Log Cerapan  Meteor, Komet dan Asteroid  Misi Angkasa  Penemuan Terkini  Pengumuman  Peralatan Astronomi  Perisian dan Utiliti Web  quickupdates  Rujukan  Rujukan, Peralatan & Perisian  Sistem Solar  Teknologi  Tips Mencerap dan Astrofotografi  Travelog  Umum  Uncategorized  ©FalakOnline. Segala maklumat yang dipaparkan di dalam laman web ini adalah hak milik peribadi penulisnya Shahrin Ahmad. Sebarang salinan samada dalam bentuk hardcopy atau softcopy tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran terus daripada beliau. Namun, penulis sentiasa menggalakkan perkongsian maklumat yang beretika dan atas dasar meraikan ilmu yang benar. Penulis boleh dihubungi di sini. Powered by  - Designed with the Hueman theme 

Sunday, March 24, 2019

https://akhbarpendidikan.blogspot.com/2019/03/pibg-saling-melengkapi-bina-kejayaan.html?m=1

Thursday, March 21, 2019

KERTAS KERJAB PROGRAM OMBAK SKBANTAYAN 2019


 

 

 








KERTAS KERJA

PROGRAM ORGANISASI MANTAP BERTERASKAN APLIKASI KAUNSELING (OMBAK) 3.0

PERINGKAT SEKOLAH 

KOTA KINABALU  2019

 

SEKOLAH KEBANGSAAN BANTAYAN

KOTA KINABALU

 

 

 

 

 

 

KERTAS KERJA PROGRAM ORGANISASI MANTAP BERTERASKAN APLIKASI KAUNSELING (OMBAK) PERINGKAT SEKOLAH  KEBANGSAAN BANTAYAN, INANAM

2019

 

 

 

 

 

 

A.   PENDAHULUAN

 

Program OMBAK peringkat sekolah ini berkonsepkan rakan membantu rakan adalah berteraskan kepada asas kaunseling professional. Beberapa dapatan kajian telah membuktikan bahawa keharmonian, keakraban, saling hormat menghormati,  mengenali potensi diri, penyampaian maklumat dan ilmu serta budaya kerja cemerlang yang akhirnya melahirkan pekerja berkomitmen tinggi dapat diwujudkan menerusi program-program sokongan sosial seumpama ini.

 

Pelbagai isu dan cabaran sosial yang sering melanda sesebuah organisasi memerlukan suatu kaedah yang lebih sistematik untuk ditangani agar memberi kesan yang positif kepada tujuan penubuhan organisasi tersebut. Salah satu unsur penting dalam menangani cabaran tersebut adalah pengaktifan keperluan sumber manusia dengan meningkatkan kebolehan dan kemahiran melalui pendidikan dan latihan komprehensif. ( Mohd safari dan Mohd. Zolkifli, 2005 )

 

Oleh itu, pelaksanaan program OMBAK bersiri peringkat sekolah daerah KK ini nanti diharapkan dapat menguatkan serta memantapkan lagi kerjasama berpasukan dalam sesebuah organisasi khususnya bagi warga Sekolah Kebangsaan Bantayan , Inanam

 

 

B.   NAMA PROGRAM

 

ORGANISASI MANTAP BETERASKAN APLIKASI KAUNSELING ( OMBAK )

 

 

C.   OBJEKTIF

 

1.    Membina komitmen dan sikap kerjasama  berpasukan dalam organisasi.

2.    Membina sikap positif, matlamat bersama dan budaya kerja cemerlang.

3.    Mencapai wawasan dan matlamat organisasi.

4.    Meningkatkan aspek-aspek kemahiran dan strategi kerja berpasukan

5.    Meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan kejayaan sesebuah organisasi.

6.    Sebagai salah satu Workplace Enhanancement Program yang terkini dan boleh memberi impak yang berkesan.

 

 

D.   PENGELOLA/PENGANJUR.

 

        Shangri- La’S Tanjung Aru Resort & Spa dan SK Bantayan , Inanam

 

 

 

E.   TARIKH

 

     13 dan 14 April 2019 (Sabtu Dan Ahad )

 

 

 

F.   TEMPAT

 

Shangri- La’S Tanjung Aru Resort & Spa

 

G.    JURULATIH UTAMA OMBAK

 

 
BIL.
 
NAMA JURULATIH
 
SEKOLAH
 
1
NORAISAH @ SITI NUR AZWA BT. ARIBUN
SM MAKTAB SABAH
2
NURULFARIZAH BINTI MOHD FARID KHAN
SK SRI GAYA
3
SOPHIA LULONG ANAK SILAS TIRAU
SM STELLA MARIS
4
LIZA PANG CHUI FEN
SJKC CHUNG HWA KG AIR KK
5
DG. AERINA BINTI PG. OMAR
SK STELLA MARIS
6
CHOCK SIN HAR
SJKC CHUNG HWA LIKAS
7
NURWANIEDAH WINNIE ABDULLAH
PPDKK
8
NANEH @ NANNY BINTI JEBOD @ UBUD
PPDKK
9
SARIJAH HJ. MOHD DUN
PPDKK
10
NURHAFIZAH JUDITH ABDULLAH
PPDKK
11
SUZIAHNIE HJ ISHAK
PPDKK

 

 

 

 

 

 

 

 

H.   SASARAN PESERTA DAN JUMLAH

 

Guru :           26 Orang

AKP:             5 Orang

          JUMLAH :     31 ORANG ( PESERTA ) Lampiran

                                 10 ORANG ( FASILINUS )

                                 9 ORANG ( URUSETIA / PPDKK

 

 

I.    ANGGARAN KOS

                   

PERINCIAN PERBELANJAAN:

 

 
BIL
 
PERKARA
 
PERINCIAN
 
JUMLAH (RM)
 
 
1.
 
PENGURUSAN PROJEK
 
1.1     SURAT-MENYURAT
1.2     TELEFON DAN FAX
1.3     FOTOKOPI
 
 
 
 
 
 
 
Jumlah Keseluruhan
 
 
 
 
 
 
 
RM  50.00
 
2.
 
SARAPAN PAGI X 2 KALI
MINUM PAGI X 2 KALI
MAKAN TENGAHARI X 2 KALI
MINUM PETANG X 2 KALI
 
RM5.00 X 2 X 50 ORANG
RM3.50X 2X 50 ORANG
RM10.00X 2 X 50 ORANG
RM3.50 X 2 X 50 ORANG
 
STAR
 
3.
 
CENDERAMATA
 
3.1    SIJIL PENGHARGAAN FASI DAN
3.2 – CENDERAHATI PERASMI
 
 
 
 
 
RM 300.00
 
 
 
 
 
RM300.00
 
 
4
Alat Tulis
Disediakan oleh penganjur
 
 
 
JUMLAH PERBELANJAAN
 
 
 
RM350.00 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

J.    SENARAI AJK PENGELOLA.

 

CARTA ORGANISASI

KURSUS OMBAK SEKOLAH KEBANGSAAN BANTAYAN , INANAM 2019

 

PENAUNG                   : MR ALLEN KHOO

                                      Resident Manager

                                      Shang Rila Hotel Resort and SPA ( STAR )

                                   

PENAUNG BERSAMA : Umin Hj Sadi

                                      Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

 

PENGERUSI                : Junaidah Yassin

                                      Guru Besar

                                      Sekolah Kebangsaan Bantayan , Inanam

 

PENYELARAS              : Sulaiman Hj Awang ( KETUA FASILITATOR )

                                      Kaunselor Daerah

                                      Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu , Sabah

           

PENASIHAT                : Mohd Hafiz ( PEN. KETUAN FASILITATOR)
                                      Unit Kaunseling

                                      Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

 

PENYELIA                   : NORLIANAH TANTU

                                      Penolong Kanan Pentadbiran

                                      Sekolah Kebangsaan Bantayan , Inanam

 

 

SETIAUSAHA              : ZELEN AZUN 

                                      Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Pengerusi Kelab Staff

 

BENDAHARI               : ANNIE WILLIAM

                                       Penolong Kanan Ko Kurikulum

 

 

SEKRETARIAT-SEKRETARIAT

 

                                               

PROTOKOL                 : SEMUA PENTADBIR

 

 

CENDERAMATA , SIJIL &

PENDAFTARAN          : SOIME LAGA

                                      ROSE TIWOL

                                      HEDZAL PITRUS

                                      URUSETIA PPDKK

PERALATAN                : MOHD AZRUL HISHAM AB AZIZ

                                      HERRY SIGIN

                                       NOOR ADLI OTHMAN

 

 

JAMUAN/ MAKANAN :  Shangri- La’S Tanjung Aru Resort & Spa

 

                                   

VANUE                                    :  Shangri- La’S Tanjung Aru Resort & Spa

 

 

TEKNIKAL &

TUGAS-TUGAS KHAS : CRISTE LAWRENCE

                                      FT26

 

 

 

K.   PENUTUP.

 

Dalam sesebuah organisasi yang berjaya, program pembinaan pasukan yang dilaksanakan secara terancang akan dapat membangunkan potensi pekerja atau atau sekumpulan pekerja yang kurang berpengetahuan dan pengalaman dengan lebih efesian. Di samping itu, kecemerlangan organisasi juga adalah berlandaskan kepada kemantapan perhubungan antara staf, kurangnya konflik dan kejelekitan antara staf itu sendiri.

 

Adalah diharapkan dengan penggabungan unsur-unsur dalam OMBAK ini akan dapat membina kapasiti modal insan dan persekitaran kerja yang harmoni di sesebuah organisasi/sekolah.

Sekian.

 

Disediakan oleh;    
 
 
 
MOHD. HAFIZ BIN ABDULLAH
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Pej. Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
Tarikh :
Disemak oleh;
 
 
 
SULAIMAN HAJI AWANG (K.B.P.A)
Kaunselor Organisasi Daerah
Pej. Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
Tarikh :
 
 
Diluluskan Oleh :
                                              
 
                                      UMIN BIN HAJI SADI
                               Pegawai Pendidikan Daerah
                        Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
                                     Tarikh :

 

 

 

https://www.gpsbestari.com/tip/tip-belajar/murid-tahap-satu-masih-belum-kuasai-matematik-guru-subjek-ini-kongsi-tip-untuk-ibu-ayah-ikut-1.92...