ANTARA MARKAH PRESTASI DAN APC ...ANTARA MARKAH PRESTASI DAN PENTADBIR
Akhir-akhir ini timbul banyak keluhan berkenaan ketidakpuasan hati para pendidik terhadap markah prestasi yang mereka terima. Maka bertepek-tepeklah serangan diberikan kepada para Guru Besar atau pun Pengetua. Tidak Adil, kejam, periuk nasi. dan berbagai tohmahan yang diberikan. Dalam media masas, FB terutamamnya menjadi wadah utama untujk melahirkan rasa hati.
.......Terfikir, begitu singkat rupanya daya pemikiran guru zaman sekarang, tidak puass hati, GB.. gembira FB.. geram, FB... keap tidak saja pergi mengadap pentadbir, tannyakan, apa kurangnya usaha selama ini sehingga markah yang diterima kurang dari 80%....
Saya menyatakan 80 kerana , standard markah itu sudah dikira cemerlang. Kerana juga... ada antara keluhan2 itu melihat markah mereka tidak mencapai 90 keatas..maka dikatalah pentadbir, guru besar kejam dan berbagai tohmahan lagi.
Apabila diberi laluan untuk mengetengahkan isu berkenaan kepada pihak atasan, tidak pula mahu bertindak. Hanya berani di FB sahaja, sebab apa..sebab rata- rata markah yang diterima hanya tidak mencapai 90 atau 95, tetapi melepasi 80. masih berada dalam zon yang cemerlang.
Maka kesudahannya, malu sendiri. Akhirnya tidak berani juga mengutarakan isu berkenaan, kerana memang kerja pun tidak menepati SOP. RPH tidak dibuat. Masuk kelas ikut suka hati. Arahan GB dianggap sepi. Tapi mahu markah lebih-lebih.
Harapan saya... sebagai penjawat awam, ingatlah bahawa amanah itu paling utama. Pentadbir juga berhadapan dengan tugas , pentadbir juga sentiasa tertekan dengan sikap dan peel guru-guru. Jika ayatnya GB atau pentadbir sering menyebabkan guru stress dan tertekan, jangan lupa, sebenarnya semua itu datang dari sikap guru juga yang ego dan tidak mahu mematuhi arahan. Lebih-lebih lagi guru yang merasakan diri mereka itu Otaim dan tidak boleh sudah diberi arahan.
Memang tugas guru itu masuk kelas mengajar . tetapi tidak meriah dan tidak hidup rasanya jika tiada aktiviri sokongan dan juga progam yang dijalankan.
# memang pelik peel guru sekarang.
No comments:
Post a Comment